Tuesday, April 10, 2012

Kesalahan mana lagi berat?

 Salam semua. Harap semua sihat belaka. Urmm, kali ni blog baru. Kenapa blog baru? sebab blog lama sewel sikit. I mean beliau okay tapi kita tak boleh nak baca entry. Kenapa? Jangan tanya saya. Saya tak tahu. Kenapa ERIITRED? Kenapa bukan MINAH PNN? tak tau macam mana nak jawab. Dah la, kita terus baca ok?

Kesalahan mana lagi berat?
Kenapa tajuk kali ni agak merunsingkan kepala? Not for you but for me. Nahh kita teruskan. Cuba bagi tahu aku atau cuba tanya pada diri sendiri berapa banyak kesalahan yang ada di atas permukaan bumi ni? Berapa juta? Kau nak kira? Boleh ke kau kira? Cuba kalau kau tersalah kira, bukan ke itu kesalahan juga? Cuma kesalahan tu ringan. Tapi kalau kau berkerja di bawah syarikat yang bertaraf antarabangsa dan kerja kira-kira ni kau yang kena pikul. Sedang kau kira, kau tersalah letak nombor atau kedudukan point. Tak naya kau kene dekat bos? Berat ke tak kesalahan tu?

Kau tanya kenapa aku pilih tajuk ini untuk entri kali ini? Emm sebab aku banyak berfikir sejak dua menjak ni. Aku terfikir berapa banyak kesalahan yang aku pernah buat secara tak sengaja atau sengaja. Berat atau ringan? Waallahualam. Aku sebagai manusia yang tak berapa sempurna….Nahh I mean kita sebagai hamba Dia yang memang tak akan sempurna pernah tak terfikir kesalahan kita?

Buat salah dekat siapa? Emm kau rasa? Cuba lihat di sekeliling kau. Apa yang ada di sekeliling kau sekarang? Tuhan?  Ahli keluarga? Pokok? Binatang peliharaan? Buku? Katil? Phone? Laptop? Senaraikan la sendiri. Kenapa aku campurkan benda yang wujud dan tidak wujud? Kau tak ingat kau pernah buat kesalahan dekat benda yang tidak wujud?

Aku bagi contoh. Sekarang aku berada dalam bilik. Sekeliling aku adalah pc kesayangan, katil. Ah aku tak nak senaraikan semua. Cukup la 2 je yang aku beri. Ok. Pc? Apa kesalahan aku dekat dia? Aku selalu ketuk-ketuk dia bila aku marah. Aku selalu caci maki dia bila aku bengang tahap mampus ah. Kalau dia boleh bercakap, dah lama aku yang kene maki balik. 2 kesalahan aku dekat dia. Ketuk dan caci maki.

Katil. Kenapa aku benci katil? Sedangkan tanpa katil aku tak dapat nak tidur dengan selesa bukan? Aku benci katil sebab kaki aku selalu berlanggar dengan katil. Sakit dia pedih woi. Lagi-lagi baru bangun dari tidur. Tengah mamai jalan-jalan kedebuk langgar. Kan dah menjerit. Emm kesalahan aku dekat katil, aku selalu ketuk-ketuk dia juga tapi aku selalu gunakan kayu-kayu atau bantal atau benda keras ah. Lepastu aku suka lompat-lompat atas katil. Conteng katil. Sepahkan dia. Aku mengaku aku tak suka kemas katil tapi aku nak tengok katil aku kemas. Sentiasa. Nampak lima kesalahan aku?

Sebenarnya bukan ini yang aku nak cakap kan. Aku cuma tertanya kenapa masyarakat kita tak boleh nak terima kesalahan yang ringan? Ringan? Bukan berat ke? Tidak. Contohnya, kau terpecahkan pinggan orang,secara tak sengaja,lepastu kau tak mintak maaf tapi kaca-kaca tu kau dah buang, dah sapu. Orang tu marah kau. Orang tu taknak maafkan kau mungkin pinggan tu berharga SANGAT kot. Dah pecah, nak buat macam mana. Tak kan kau nak suruh dia cari balik serpihan-serpihan kaca tu? Lepastu kau sambungkan balik? Karut.

Kesalahan berat. Kesalahan terhadap tuhan kau jangan cakap ah. Ni aku nak bagitahu contoh lain. Sedara kau jenis yang kurang bercakap. Kau dan family kau memang orang kepoh. Suka bercakap, gelak kuat-kuat so whatever. Then bila sedara kau yang pendiam ni datang, kau terus tak nak bercakap dengan dia. Kenapa? Sebab dia pendiam? Bukan sejenis darah dengan kau yang suka memekak tu? Bila sedara kau tak layan kau, kau kata dia derhaka, sombong, tak kenang budi. Dia bukan taknak layan kau tapi kau yang taknak layan dia. Dia datang dekat kau tapi kau tak datang dekat dia. Dia pendiam tapi bila kau sakit dia ambil tahu. Dia sakit kau ada ambil tahu? Lepas tu kau kan kepoh gila nak mati, kau pun report ah dekat parents dia. Bila dia kene marah, kau suka.

Itu contoh. Kalau terasa, maaf. Cuma aku perlukan jawapan daripada korang, mana kesalahan yang lebih berat? Tak minta maaf lepastu kene marah atau taknak layan sedara kau sendiri selama beberapa bulan atau mungkin tahun?bagi aku dua-dua kesalahan itu berat. Tapi tak layan sedara itu lagi berat sebab? Ia mengambil masa. Mengambil masa untuk kau tak bercakap. Dosa kan kalau tak bertegur lebih 3 hari. I mean gaduh.

Sudahlah, aku nak tidur. Selamat malam.


Puteri najihah
01:22 pagi.
Ahad, 1.4.2012